Asal Usul Silat_Gayung_Pancasila

Silat ini dibawa ke Semenanjung Tanah Melayu oleh Sheikh Ibrahim yang berasal di Indonesia. Di Pahang, Silat ini telah dikembangkan oleh Pak Yaakub yang berasal dari Kedah dan telah menetap di Panching, Kuantan. Silat ini juga pernah dikembangkan di Semantan, Raub oleh Guru Kamaruzaman Alias dan Tengku Mat di Batu Burok, Kuala Terengganu. Diantara pewaris yang masih bergiat mengembangkan Silat ini adalah Yahya bin Othman yang menetap di FeldaTersang, Raub.Silat Gayung ini telah dikembangkan oleh anak muridnya iaitu Suhaimi bin Mustafa yang menjadi guru kanan kepada Yahaya bin Othman.